Previous Next

KPTM dinobatkan tempat pertama utk Advance Special Award di CITREx 2020 anjuran UMP

 

 

 13 Februari 2020 - Projek inovasi Kolej Poly-Tech MARA Kuantan telah dianugerahkan tempat pertama untuk UMP Advance Special Award (Kategori Pelajar IPT) dan Gold Medal di Creation, Innovation, Technology & Research Exposition 2020 (CITREx 2020).

 

Projek yang diberi nama "IoT LPG Gas Leak Detector System" telah menobatkan Muhammad Amirul Shahmin dan Wan Muhammad Hazim, pelajar Semester 5 - DIPLOMA IN ELECTRICAL ENGINEERING (INDUSTRIAL ELECTRONICS) KPTM KUANTAN, sebagai pemenang tempat pertama. Tempat kedua dimenangi oleh pelajar UMP manakala tempat ketiga dimenangi oleh universiti dari luar negara iaitu Universiti Sumatera Utara.

 

Ucapan jutaan syabas dan perhargaan juga kepada pensyarah² yang telah membimbing pelajar² ini iaitu Ts Aizat Abd Aziz dan Ts Razmi Ab Rahman.

 

Mantan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Yem yang kini merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMP telah merasmikan pertandingan ini. Beliau turut melahirkan rasa bangga dan memberikan ucapan tahniah kepada team KPTM Kuantan.

 

Sebanyak 130 projek pelajar UMP dan juga IPT lain telah bertanding untuk kategori yang sama bagi pertandingan ini.

 

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday77
YesterdayYesterday171
This_WeekThis_Week670
This_MonthThis_Month248

 

 

Search