Previous Next

GOTONG-ROYONG PERDANA MEMBERSIHKAN ASRAMA PELAJAR

Pada 26 Jun dan 27 Jun 2019, satu aktiviti gotong-royong perdana  telah diadakan bagi membersihkan, memeriksa dan melengkapkan fasiliti asrama. Semua warga kerja KPTM terlibat membanting tulang membersihkan kawasan asrama pelajar. Aktiviti ini merupakan salah satu persediaan yang telah dibuat oleh pihak kolej bagi menyambut kedatangan pelajar baharu yang bakal mendaftar pada 3 Julai 2019. 

Setiap blok telah dilantik seorang ketua yang akan memantau setiap bilik pelajar. Ketua-ketua akan mencatatkan sebarang kerosakan atau sebarang kekurangan dan di laporkan pada pihak atasan untuk tindakan yang lebih cepat. Antara tugasan yang telah dilaksanakan oleh warga kerja adalah menyapu lantai, membuang sawang, menukar perabot lama kepada perabot baru, dan menyusun atur kelengkapan perabot yang ada di dalam bilik asrama.

Setiap warga kerja telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Aktiviti gotong -royong ini juga telah mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga kerja KPTM Kuantan. Syabas!!!

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

  • dummy+609-536 6701/513/514

  • dummy+609-536 6515

  • dummy prktn@kptm.edu.my

Muat Turun Aplikasi

Visitors Counter

TodayToday218
YesterdayYesterday272
This_WeekThis_Week1349
This_MonthThis_Month4213

 

 

Search